PERJUMPAAN bulan Mei
Suria KLCC dan Masjid as Syakirin, Kuala Lumpur
10 pagi - 6 petang
Ahli `lelaki sahih / verified' boleh access profile percuma (Maklumat benar dan layak diusulkan calon).
Program Cari Jodoh ini bertujuan murni membantu anda yang berhasrat mendirikan rumahtangga dengan calon yang sesuai dan layak, sekufu dan sefikrah. Urusan Carian Jodoh dan Perjumpaan (Takruf) diuruskan oleh kami secara khidmat nyata dan pro-aktif, prihatin dan bimbingan positif, ke arah pembentukan Generasi Islam peneraju negara pemimpin Ummah
Keterangan program dan borang penyertaan >>>> SMS/tel 0105474871, Email carijodohislam@gmail.com
PENDAFTARAN dibuka kepada Muslimat (wanita) gadis (bujang), janda, ibu tunggal. >>>
Azhar Awang - Pengurus 0105474871
Login ke portal JODOH
Login ke web guna akaun Facebook anda 
~~~Terbaru~~~Artikel dan Panduan~~~RSS luar~~~ Profil Muslimah~~~Profil Muslim~~~Senarai ahli~~~Cari ahli~~~
Buku catatan | Nukilan Blog | Terbitan | Audio | Imej | | Forum Perbincangan | Kategori | HUBUNGI KAMI - ADUAN, CADANGAN, BANTUAN
| INTERNATIONAL ISLAMIC MATCHMAKING SERVICE
Tekad Gemilang Insan Cemerlang
<<<<< Kuliah Islam >>>>>>
Recent Status Updates
- Muslim RAMADHAN Kareem @ selamat menjalani Ibadah Puasa 26 weeks ago
- Muslim sinar Islam menerangi kehidupan 47 weeks ago
- Muslim tahniah kpd yg sudah bertunang @las ninas @mazlina @nur kasih 1 year ago
- Muslim @tahniah sdr Khalid dan Puan Suzana 2 years ago
- Muslim @beriman beramal soleh bertaqwa 2 years ago
- Muslim salam Aidilfitri maaf zahir batin 2 years ago
- Muslim @ramadhan 2 years ago
- Muslim @tahniah kpd sdr Rozai, Farha dan Zubaidah (selamat melangkah ke alam perkahwinan) 2 years ago
- Muslim @tahniah kpd sdr Rozai, cik Farha dan Zubaidah (bertunang) 2 years ago
- Muslim @selamat pengantin baru Jamal & Umi 3 years ago
- Muslim Salam Ramadhan al Mubarak dan Aidilfitri 1429 kepada Muslimin Muslimat 3 years ago
- Muslim Salam Ramadhan al Mubarak kepada Muslimin Muslimat 3 years ago
Majlis Takruf dan Temu (temuduga) Calon Jodoh - 24 Februari - soalan tambahan
Assalamualaikum Muslimin Muslimat
Beberapa kemusykilan dari ahli portal dan orang awam akan dijawab
1. Saya ahli portal jodoh dan belum pernah berhubung dengan mana-mana ahli - bolehkah saya menyertai majlis takruf ini nanti?
- Anda tidak perlu mendaftar sebagai ahli portal jodoh atau mana-mana subdomain kami. Majlis ini adalah sebagai satu cara untuk anda memperkenalkan diri dan mengenali orang lain, dengan matlamat mencari calon jodoh yang sesuai.
- Portal JODOH ISLAM ini boleh dibaca dan dilanggani oleh orang ramai. Acara majlis takruf ini telahpun disiarkan semula di portal lain termasuklah al-ahkam.net, risalah-islam, bincang.net. Majlis ini juga telah dipromosikan secara personal dan akan muncul di iklan Harakah bercetak.
Jadi kebarangkalian orang ramai yang hadir ke majlis ini Insya Allah tidak terhad kepada ahli portal jodoh ini sahaja.
2. Kenapa majlis takruf ini mengenakan yuran RM100?
Kami tidak pernah mengenakan bayaran untuk menggunakan portal ini. Kalau myjodoh.net dan muslimmatrimonial.com contohnya mengenakan bayaran `langganan' hanya untuk melihat email ahli lain, bolehkah ia mencegah penipuan dan salahguna maklumat (jika ahli sudah bayar untuk melihat email dan mendapat nombor telefon)
Pengendalian majlis ini memerlukan kos termasuklah sewa dewan, pengurusan, pengangkutan, dan susulan dengan ahli, menguruskan pencalonan dan penjodohan - kami bukannya menjual tiket. Yuran RM100 ini akan digunakan untuk proses temuduga, sewa dewan, cetakan dan salinan biodata, ambil gambar digital, dan termasuk juga makan tengahari di kafe KLCC.
3. Jika saya (wanita) tidak dapat hadir, bolehkah saya mewakilkan wali saya untuk temuduga?
Boleh, jika anda tidak hadir, sila isikan biodata lengkap beserta gambar penuh, dan serahkan kepada kami melalui wakil atau wali anda. Wali boleh jadi bapa, bapa saudara, datuk, saudara lelaki. Jika wali tidak dapat, anda boleh mewakilkan ibu, kakak, ipar, saudara kandung, rakan wanita, atau ketua organisasi.
4. Jika saya (lelaki) tidak dapat hadir, bolehkah saya mewakilkan sesiapa untuk temuduga?
Lelaki dimestikan hadir dan menjawab soalan dan mengemukakan soalan bagi pihak dirinya sendiri. Ini untuk mencegah berlakunya penipuan dan pemalsuan identiti diri anda.
5. Lelaki bujang sahaja ke?
Lelaki bujang belum berkahwin, duda kematian isteri, bercerai, dan masih beristeri (yang bersungguh hendak berkahwin - poligami).
6. Yang bersungguh-sungguh hendak berkahwin dalam masa 2 tahun?
Ya, kerana kami bukannya menggalakkan `dating' dan boyfriend-girlfriend. Susulan yang kami lakukan tidak akan membenarkan anda berdating berdua-duaan. Jika anda berminat dengan seseorang calon di majlis ini nanti, aturan takruf private, ziarah, bertukar maklumat, merisik, dan komitmen (peminangan) dan perkahwinan akan dibantu oleh UstazJD.
Jika tiada calon yang sesuai di majlis ini, kami akan menguruskan pencalonan dan biodata anda untuk diajukan kepada orang yang sesuai dan mengikut pertimbangan yang bijaksana.
7. Melayu saja ke? Muallaf boleh sertai?
Ya, portal jodoh dan majlis ini terbuka kepada MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. Jika ada saudara baru ingin menyertai, dipersilakan.
Majlis ini juga dibuka kepada pelajar luar negara beragama Islam yang bukan rakyat Malaysia.
8. Saya bekerja/berjawatan di sebuah syarikat gergasi / organisasi ramai ahli. Bolehkah saya mempromosikan Majlis ini di buletin, email, atau edar risalah? Ada insentif? Adakah saya bertanggungjawab kepada peserta yang saya `rekomen suruh datang' itu?
Ya, insentif diberikan kepada anda yang membawa rakan atau saudara sebagai peserta. Sila berikan nombor telefon peribadi anda kepada rakan atau peserta yang anda rujuk, untuk makluman kami (bagi insentif). Seboleh-bolehnya anda membantu rakan atau ahli keluarga atau ahli organisasi anda sebagai rujukan. Peserta tersebut perlulah menyediakan maklumat rujukannya sendiri pula.
SILA KEMUKAKAN SOALAN ANDA DI RUANG DI BAWAH
Jika SMS, sila berikan email anda, kepada 019 966 7092
Jika telefon, sila tel 10 pagi - 5 petang, di luar waktu azan
Pengurus:
Smart Builder Consultant Sdn Bhd - Motivasi dan Bina Insan
Farizan Taju Ariffin - Pengarah Urusan, Motivator, Pembimbing, Kaunseling; Kaunselor bertauliah
Ustaz Junaidi Ishak - Ustaz dan pengajar bertauliah, bahan Islamiyyah, Penjodohan, Perkahwinan
Azhar Awang - Pengurus Program, Web Engineer, pengurusan portal
Emiza Suhana bt Awang - Urusetia Wanita, Sukarelawan Unit Amal Nisa, pengurusan portal (gadis dan wanita)
Iklaneka
Produk dan Servis Muslimin Malaysia
Untuk beriklan di petak ini hanya RM10/setahun bagi 1 petak/baris:
Email muslimin.org@gmail.com, tel/sms 0199667092
Isikan borang ini
Sumbangan anda dihargai untuk memajukan Almuslimin.org/net sebagai portal Islami meneruskan perkhidmatan kepada Ummah
Isikan borang ini

