PERJUMPAAN bulan Mei
Suria KLCC dan Masjid as Syakirin, Kuala Lumpur
10 pagi - 6 petang
Ahli `lelaki sahih / verified' boleh access profile percuma (Maklumat benar dan layak diusulkan calon).
Program Cari Jodoh ini bertujuan murni membantu anda yang berhasrat mendirikan rumahtangga dengan calon yang sesuai dan layak, sekufu dan sefikrah. Urusan Carian Jodoh dan Perjumpaan (Takruf) diuruskan oleh kami secara khidmat nyata dan pro-aktif, prihatin dan bimbingan positif, ke arah pembentukan Generasi Islam peneraju negara pemimpin Ummah
Keterangan program dan borang penyertaan >>>> SMS/tel 0105474871, Email carijodohislam@gmail.com
PENDAFTARAN dibuka kepada Muslimat (wanita) gadis (bujang), janda, ibu tunggal. >>>
Azhar Awang - Pengurus 0105474871
Login ke portal JODOH
Login ke web guna akaun Facebook anda 
~~~Terbaru~~~Artikel dan Panduan~~~RSS luar~~~ Profil Muslimah~~~Profil Muslim~~~Senarai ahli~~~Cari ahli~~~
Buku catatan | Nukilan Blog | Terbitan | Audio | Imej | | Forum Perbincangan | Kategori | HUBUNGI KAMI - ADUAN, CADANGAN, BANTUAN
| INTERNATIONAL ISLAMIC MATCHMAKING SERVICE
Tekad Gemilang Insan Cemerlang
<<<<< Kuliah Islam >>>>>>
Recent Status Updates
- Muslim RAMADHAN Kareem @ selamat menjalani Ibadah Puasa 26 weeks ago
- Muslim sinar Islam menerangi kehidupan 47 weeks ago
- Muslim tahniah kpd yg sudah bertunang @las ninas @mazlina @nur kasih 1 year ago
- Muslim @tahniah sdr Khalid dan Puan Suzana 2 years ago
- Muslim @beriman beramal soleh bertaqwa 2 years ago
- Muslim salam Aidilfitri maaf zahir batin 2 years ago
- Muslim @ramadhan 2 years ago
- Muslim @tahniah kpd sdr Rozai, Farha dan Zubaidah (selamat melangkah ke alam perkahwinan) 2 years ago
- Muslim @tahniah kpd sdr Rozai, cik Farha dan Zubaidah (bertunang) 2 years ago
- Muslim @selamat pengantin baru Jamal & Umi 3 years ago
- Muslim Salam Ramadhan al Mubarak dan Aidilfitri 1429 kepada Muslimin Muslimat 3 years ago
- Muslim Salam Ramadhan al Mubarak kepada Muslimin Muslimat 3 years ago
Antara UMNO dan PAS = soal Aqidah dan Akhlaq, Syurga dan Neraka
Jika anda rasa soal UMNO vs PAS tiada kaitan dengan hidup-mati, anda silap
Kami akan blok akaun ahli di portal jika anda menghina dan memperlekehkan organisasi Islam
Dan kami bukan main-main dalam soal pencarian jodoh - 4 orang USTAZAH telah dilamar, bertunang dan akan berkahwin dengan bakal suami yang BUKAN AHLI UMNO (hanya 1 orang yang belum jadi ahli PAS)
Dan calon gadis dan wanita kami diminta supaya MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM sebagai Muslimah, dan hendaklah bersedia MENERIMA CALON LELAKI YANG AHLI PAS yakni menyokong perjuangan Islam
Kami tak perlukan anda jika anda tidak perlukan JEMAAH ISLAM (dan memandang rendah kepada PAS dan jemaah Islam)
Pergilah masuk portal jodoh lain dan specify yang anda tak kisah lelaki orang kuat UMNO atau menentang PAS atau berfikrah sekular
Orang kuat calon BN cabul Puteri Umno
Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Orang kuat Calon BN Dun Sg Abong N13, Kamaruddin Suratman yang dikenali sebagai Abas bertindak meraba kemaluan seorang ahli Putri Umno semasa berkempen di Taman Perdana Muar, di Parlimen Bakri baru-baru ini.
Perbuatan orang kuat calon BN yang rakus itu, telah memberi tekanan kepada mangsa yang dikenali sebagai Saadah menyebabkan beliau bertindak membuat laporan polis.
Ekoran laporan polis yang dibuat mangsa, keahliannya sebagai Puteri Umno telah dilucutkan.
Menurut Saadah sebagaimana yang dilaporkan kepada polis, orang kuat calon BN itu bersama rakannya menjemput beliau dengan kereta di rumahnya ke bilik gerakan Umno.
"Dalam kereta tersebut saya bersama dua lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke Taman Perdana, Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian Abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya,"demikian lapor Saadah.
Ekoran daripada kejadian itu, Saadah mengadu kepada pemuda Umno yang dikenali sebagai Abang Dolah bagaimanapun dia tidak mahu Saadah membesar-besarkan kejadian itu dan tidak menghiraukan aduannya.
Menurut Saadah yang dipetik daripada Tranungkite, Ketua Puteri Umno Bahagian yang dipanggil Anum turut memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa serta membuat laporan polis.
Sementara itu, salah seorang ahli Putri Umno Bakri yang menggelarkan dirinya Mawar Berduri kesal kerana ketuanya langsung tidak mempertahankan anak buahnya bahkan memberi amaran kepada Saadah supaya tidak menghebahkan kejadian itu.
Katanya, tidak cukup daripada itu, Saadah turut dituduh yang bukan-bukan seolah-olah dialah yang menggoda lelaki terbabit.
"Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseorang individu," katanya.
Tegasnya, ahli Puteri Umno masih mempunyai maruah dan harga diri bukannya menjadi alat pemuas nafsu.
Bagaimanapun, beliau mengharapkan ahli puteri terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah mereka.
"Kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kami di sini," rayu beliau. - mks.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13013&Itemid=50
Puteri UMNO Bakri di cabul oleh orang kuat Calon BN sendiri ketika sedang berkempen
Berita Oleh Mawar Berduri
Saya sebagai ahli puteri di Bakri merasa begitu tertekan sekarang atas apa yang berlaku kepada salah seoarang ahli kami semasa sedang berkempen untuk Kamaruddin Suratman Calon BN Dun Sg Abong, Parlimen Bakri Johor.
Harapkan pagar, pagar yang makan padi. Itulah yang berlaku kepada ahli puteri yang bernama Saadah kerana telah di CABUL kehormatan oleh orang kuat calon sendiri yang bernama Abas di dalam kereta semasa dalam perjalanan untuk berkempen dari rumahnya di Kg Kelantan Muar ke Tmn Perdana Muar.
Kami mengharapkan supaya dalam suasana kempen Pillihanraya, Calon dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya, malah dia pun "sama-sama naik" dan menyerahkan kepada anak buahnya untuk menyelesaikan masalah ini, sedangkan kami berhempas pulas berkempen untuknya.
Ingatkan Kak Anum sebagai ketua Puteri UMNO Bahagian Bakri dapatlah mempertahankan anak buahnya, malangnya Saadah telah diberi amaran supaya tidak menghebahkan ataupun membuat laporan polis. TIdak cukup setakat itu Saadah telah dituduh yang bukan-bukan seolah-olahnya dialah yang menggoda Abas pula.
Saadah juga telah dipecat dari Puteri UMNO dan namanya telah dibuang dari keahlian Puteri. Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseoarng individu.
Kami ingin menekankan disini bahawa ahli Puteri masih lagi mempunyai maruah dan harga diri, bukannya menjadi alat pemuas nafsu.
Saya harapkan ahli Puteri di luar sana terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah kita. Diharapkan kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kat kami di sini.
Bersama ini disertakan laporan polis yang telah dibuat oleh Saadah. Saya tuliskan semula laporan yang telah dibuat Saadah untuk kita semua mudah membacanya kerana susahnya laporan ini hendak dikeluar.
Mawar Berduri
Ahli Puteri Bakri
Laporan Polis yang di taip semula :-
"Pada 27/2/2008 jam l/kurang 9 malam saya telah menaiki m/kar yang menjemput saya dirumah alamat di atas untuk pergi ke bilik gerakan umno di tmn perdana muar. Dalam kereta tersebut saya bersama 2 lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke tmn perdana Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya. Saya berkata kepada Abas sekiranya masih meraba saya mahu terjun dari kereta. Kemudian saya telah mengadu perkara tersebut pada Abang Dolah iaitu pemuda umno tetapi Abang Dolah beritahu supaya tidak membesarkan isu ini dan tidak menghiraukan aduan saya. Saya juga dapat tahu nama sudah tiada dalam senarai puteri umno. Ketua Puteri umno bahagian nama Anum juga ada memberi amaran supaya saya tidak beritahu perkara tersebut pada orang dan membuat laporan polis serta menuduh saya yang bukan-bukan. Saya tidak berpuashati dengan tindakan Abas yang mencabul saya. Inilah laporan saya."
Note: Disertakan dengan laporan polis - SP
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7192
Iklaneka
Produk dan Servis Muslimin Malaysia
Untuk beriklan di petak ini hanya RM10/setahun bagi 1 petak/baris:
Email muslimin.org@gmail.com, tel/sms 0199667092
Isikan borang ini
Sumbangan anda dihargai untuk memajukan Almuslimin.org/net sebagai portal Islami meneruskan perkhidmatan kepada Ummah
Isikan borang ini

